Selasa, 31 Ogos 2010

:::HOME SWEET HOME:::

::PELANGI SEMENYIH PHASA 8:: Ini lah tempat komumiti yang bakal aku join. Aku beli rumah ni pada bulan Oktober 2008. aku tak de la beria sangat nak beli rumah mase tu, tapi abang aku yang cadang kan untuk beli. katenya daripada duit dok je dalam bank tu baik aku beli rumah. fikir-fikir betul jugak. Duit takde la banyak pon. Tapi sebab aku tak de komitment lain yang perlu langsai selain kad kredit dan duit kereta je la. Masa belajar dulu JPA yang biaya aku. So dah terlepas la seksa PTPTN. 

Aku beli yang type Vandea. Dah siap ada family hall.Nanti tak payah la fikir nak renovate bahagian atas buat family hall lagi. rumah ni tak la besar, tapi sebab aku nak rumah landed, aku beli la jugak. Keluasan tanah 20 X 65 jek. Build-up 1805kps. Boleh la kan. Harga masa aku beli tu RM 226k. Skarang CF belum dapat lagi pon dah jadi RM 260k. huih nasib baik aku beli time tu...

haaa.... ini layout rumah aku. Ada satu bilik je kat bawah dan tiga bilik kat atas. 3 bathroom dan car porch boleh masuk 2 kereta. Ok kan?? 
Kawasan sini best, lagi pon aku keje dekat Seri Kembangan je pon. xde la jauh... semua best ade kt rumah ni, cuma aku kecewa satu je, dapur dia kecik .. so aku plan nak extend ke belakang la dapur aku ni. dia makan kt living room dan dining room yang besar.. tapi xpe la. aku dah ada plan untuk yang ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

<>