Sabtu, 19 Mac 2011

Update litchin

Lupe nak update.. Ari tu janji after 10 days will update.. Terlupe sudaaa...

Setakat hari ni dr segi KG takde la memberangsangkan sangat. However, i'll continue for another 20 days. Tengok camne. Setakat 1.5kg je turun. Tapi aku perasan t-shirt lama dah boleh pakai...heheh.. Tang ni sronot sket..

Tapi cam biasa la bahagian atas aku mmg cepat trun. Tang paha ni degil skit apatah lagi cik bontot ni... Adoyyai...

Untuk mempercepatkan kadar kekurusan ni, beberapa hari ni aku cuba makan oat. Tak boleh nak makan banyak pon. Try 3 scoops per day dulu la.. Tuk breakfast.
Rumah aku ni xde la fridge. Biasa kalau ada ble la makan ngan susu pekat. Tapi takde aku campue susu tepung nespray sesudu dan gula sesudu. Not bad la rasa dia.


Hari ni plak aku dapat idea lain. Buat kangkung belacan dan goreng ikan bilis bersama cili dan bawang putih. Makan dengan oat.. Wah... Kenyang sampai petang... Akan ku teruskan makan oat ni... Gambateh!!

Selasa, 8 Mac 2011

Dugaan semasa sedang berdiet

Adoooiiiyaaiii!!!! Banyak tol dugaan. Susah betul nak ikot plan yang aku buat. Part pagi tu ok la, tapi bila dah start keluar rumah hancus.

Aku keluar dalam jam 1015 gitu. Nk kena beli lampu sehala pasal rumah tu then kol 11 lebih baru smpai puchong tu.

Lepas selesai semua tu then aku nk g tapau kabsha lamb kat al bustan, dah order satu jam baru dapat. Dalam jam 1.30 baru aku dapat makan aku. Si plan dah lari dah. Ingatkan nak la direct g hantar kat kontractor lampu tu. Perut dah lapar. Time ni sempat la lagi aku togok 500ml air.

So aku balik la rumah dulu makan. Dah bazir masa. Jam 2.30 baru aku keluar semula ke semenyih.

Biasa la kalau dah keluar tu susah la nk minum air. Dari jam 2.30 ke 6.30 patut aku kena minum 3l air.. Ermmmm haram la. Satu gelas limau ais je.

Tapi mak aihhhh ... Dahaga nya... Cuma satu je, kalau aku lapar aku akan menggugil kelaparan... Tapi tak jadi plak hari ni... Kebetulan je kot.

Sampai je rumah, aku terus minum 1l air.
Sementara tgk tv, aku minum air. Yela nak standby nak minum enzim nih!!! Kira nya petang sampai jam 8 tadi cuma 2l je la.

Jadi sebelum tido aku kena minum lagi 1.5l just untuk kelayakan minima sahaja.. Esok aku CUBA lagi!!!

Kalori

Lupa pulak nak bagitau, memang la kalau makan Litchin De Bella ni tak perlu berlapar. Tapi kita mesti berjaga-jaga dengan makanan yang diambil.

Ada sesetengah makanan yang tidak digalakkan diambil dengan kerap contohnya daging lembu dan ayam. Selain susah dihadam ia juga tinggi kolesterol. Lain pula dengan daging kambing yang rendah kolesterol.

Lelaki dan wanita ada range kalori yang berbeza.

Wanita :: 1300cal/day
Lelaki :: 1600cal/day

Breakfast tadi aku makan 3 keping biskut Chipsmore Butter Crunch. Mengikut nutritions kat belakang pakaging tu, untuk 2 keping= 91cal 3 keping = +- 127.

Balance untuk makan tengahari adalah 1163cal. Tapi tengahari ni macam nak g tapau nasi kabshah kambing kant Al bustan cyberjaya. This is the one nasi arab yang paling sedap la kat domain tu. Compare to saba' or al barakah.

Tapi takpe, beras basmati takde kanji punya. Bagus makan tu...

Me Now!!!


GeoTagged, [N3.02288, W101.74769]

Malu kan bila nak ambil gambar kalau dah obes ni. Ni gambar aku yang terkini la, masa ni tgh cycling kat putrajaya. Ni je la yang ada pon.

Gambar

Semalam masa jumpa k. Hasnah tu dia kata suruh ambil gambar before and after ambil product. Boleh claim hadiah nanti. Iskkk malu la aku, pastu badan terpampang dalam paper. Wahhh dah berangan ni, belum apa2 pon lagi.

So nanti aku letak gambar aku tanpa ada wajah kat sini ok ( malu beb nak over exposed)

First day on Diet

Berkobar-kobar nak diet hari ni. So pagi2 aku dah bangun sebab ada rasa nak membuang. Agaknya sebab makan Fiber Litchin DE Bella semalam kot. Takde memulas pon. Ok jugak lak. Kalau sebelum ni aku makan fiber biopearl, ada sakit sket perut ni. Ok dah satu markah untuk Litchin de Bella.

Bangun tidur je tadi, aku dah minum air kosong ( semangat gila ni). Aku ada tupperware yang 500ml. So pagi dah minum 500ml. Then sebelum minum enzim tadi aku dah minum another 500ml. Pagi ni dah 1liter air aku dah minum.

Pesan k. Hasnah semalam, dont skip any meals. So, aku kena ready la dalam 1 jam lagi kena breakfast dalam jam 9 gitu. Hari ni tak pergi kerja sebab ada urusan. Jadi breakfast aku cuma biskut Chipsmore Butter Crunch la. Ok la tak berpa manis yang ni. Tu je pon yang ada.

Aku dah ada rangka plan menu aku

Pagi

0600 Minum 500ml air
0630 another 500ml water after bath
0700 another 500ml after Subuh and take enzim
0800 off to work
0830 minum 500ml air and breakfast
1000 another 500ml water
1130 another 500ml water and fruit
Total air pada waktu pagi ialah 3 liter

Petang
1230 buah dan lunch
1330 minum air 500ml 1jam selepas makan
1430 another 500ml of water
1530 another 500ml of wated and fruit/cookies
1630 minum lagi 500ml air
1730 lagi 500ml air dan balik kerja
1830 have simple dinner and 500ml air
Total air ialah 2.5liter

Malam

1900 take a glass of enzim
2000 500ml of water
2100 500ml of water
Total air ialah 1 liter

2300 ambil fiber and off to bed

Jumlah keseluruhan air yang diambil

3l + 2.5l + 1l = 6.5k

Aku kena try minum air more then 5l sebab kalau ikot berat sebenar every 20kg of weight kena minum 1.5l a day. Aku punye kena la gandakan 4 kali. So jadi la 6l .

Maximum buah pinggang kita boleh bekerja ialah 8l sehari. Jangan la over pulak. Letih buah pinggang kita tu ninti.

Ok. Semoga aku berjaya follow my own menu plan







Litchin De Bella


Inilah rupanye Litchin De Bella.

1 set ada ::::
--- 1 kotak enzim (20 sachet untuk 10 hari makan)
--- 1 kotak fiber ( 20 sachet untuk 20 hari makan

Aku difahamkan enzim kena makan 2 hari sekali, before breakfast and dinner. No skipped meals.. Ini yang paling best... So tak payah berlapar...

Enzim ni dia bertindak meningkatkan kadar metabolisme badan kita, so kalau kurang air maka slow la sket metabolisme kita. Air adalah pemangkin enzim tu, jadi aku kena gagah kan diri untuk minum at least 5 litre air.

Fiber biasa la untuk membuang...

Huhuhu... Doakan aku berjaya kurang2 pon 10 days ni dapat turun 5 kg( harapan punye tinggi) chaiyyyokkkkk!!!!!