Selasa, 8 Mac 2011

Gambar

Semalam masa jumpa k. Hasnah tu dia kata suruh ambil gambar before and after ambil product. Boleh claim hadiah nanti. Iskkk malu la aku, pastu badan terpampang dalam paper. Wahhh dah berangan ni, belum apa2 pon lagi.

So nanti aku letak gambar aku tanpa ada wajah kat sini ok ( malu beb nak over exposed)

First day on Diet

Berkobar-kobar nak diet hari ni. So pagi2 aku dah bangun sebab ada rasa nak membuang. Agaknya sebab makan Fiber Litchin DE Bella semalam kot. Takde memulas pon. Ok jugak lak. Kalau sebelum ni aku makan fiber biopearl, ada sakit sket perut ni. Ok dah satu markah untuk Litchin de Bella.

Bangun tidur je tadi, aku dah minum air kosong ( semangat gila ni). Aku ada tupperware yang 500ml. So pagi dah minum 500ml. Then sebelum minum enzim tadi aku dah minum another 500ml. Pagi ni dah 1liter air aku dah minum.

Pesan k. Hasnah semalam, dont skip any meals. So, aku kena ready la dalam 1 jam lagi kena breakfast dalam jam 9 gitu. Hari ni tak pergi kerja sebab ada urusan. Jadi breakfast aku cuma biskut Chipsmore Butter Crunch la. Ok la tak berpa manis yang ni. Tu je pon yang ada.

Aku dah ada rangka plan menu aku

Pagi

0600 Minum 500ml air
0630 another 500ml water after bath
0700 another 500ml after Subuh and take enzim
0800 off to work
0830 minum 500ml air and breakfast
1000 another 500ml water
1130 another 500ml water and fruit
Total air pada waktu pagi ialah 3 liter

Petang
1230 buah dan lunch
1330 minum air 500ml 1jam selepas makan
1430 another 500ml of water
1530 another 500ml of wated and fruit/cookies
1630 minum lagi 500ml air
1730 lagi 500ml air dan balik kerja
1830 have simple dinner and 500ml air
Total air ialah 2.5liter

Malam

1900 take a glass of enzim
2000 500ml of water
2100 500ml of water
Total air ialah 1 liter

2300 ambil fiber and off to bed

Jumlah keseluruhan air yang diambil

3l + 2.5l + 1l = 6.5k

Aku kena try minum air more then 5l sebab kalau ikot berat sebenar every 20kg of weight kena minum 1.5l a day. Aku punye kena la gandakan 4 kali. So jadi la 6l .

Maximum buah pinggang kita boleh bekerja ialah 8l sehari. Jangan la over pulak. Letih buah pinggang kita tu ninti.

Ok. Semoga aku berjaya follow my own menu plan







Litchin De Bella


Inilah rupanye Litchin De Bella.

1 set ada ::::
--- 1 kotak enzim (20 sachet untuk 10 hari makan)
--- 1 kotak fiber ( 20 sachet untuk 20 hari makan

Aku difahamkan enzim kena makan 2 hari sekali, before breakfast and dinner. No skipped meals.. Ini yang paling best... So tak payah berlapar...

Enzim ni dia bertindak meningkatkan kadar metabolisme badan kita, so kalau kurang air maka slow la sket metabolisme kita. Air adalah pemangkin enzim tu, jadi aku kena gagah kan diri untuk minum at least 5 litre air.

Fiber biasa la untuk membuang...

Huhuhu... Doakan aku berjaya kurang2 pon 10 days ni dapat turun 5 kg( harapan punye tinggi) chaiyyyokkkkk!!!!!

Aishah duta Litchin De Bella


Muka Aishah pon dah bujur dah... Tercabar aku...

Kenapala korang dah kurus and aku baru je nak start!!! Alahai Litchin de bella !!!

They are!!! Who make me challenge myself!! Litchin De Bella


GeoTagged, [N3.01492, W101.75986]

Isnin, 7 Mac 2011

Nak kurus!!! Nak kurus!!!

Dua hari lepas kakak aku dari kampung call tanye aku makan ubat kurus apa sekarang.. So aku cakap la aku tengah nak habis kan SDII dan fiber biopearl punye.

Rupenye dia tengah dalam proses diet Litchin de bella. Wahhh.. Yang penyanyi Aishah jadi duta tu. Mahal sket la untuk 10 hari rm 290... Waaa...

Dia dah makan 20 hari, katanye baju anak dia yang 2 tahun lepas dia muat pakai... Waaaa.... Tercabarnye aku.... Nak menangis rasa...

Alahai... Badan aku ni macam di pam2kan la plak... Skunk ni berat aku dah 86.5 kg. Adooiiii.... Cmne ni kakak aku dah kurus ... Rasa sgt tercabar..

Disebabkan rasa tercabar ni aku pon tepon la one of stokist Litchin de bella ni... Kak Hasnah.

Date after maghrib kat Bangi Kopitiam belakang Carrefour Bandar Tun Hussien Onn..

Fist jumpe dia igt aku dalam 40 yr old... Adoyaii kak saya baru 28 tahun tau.. Huhuhu... Sedih beb..

Tak pe la kali ni aku betul2 nak diet Litchin.. Esok hari pertama. Terbang duit aku rm 290. Takpe la demi impian yang sejati, aku tutup la mata sebelah.. 

So tadi aku g la scan , banyak benda la yang dia record. Aku pon tak berapa henggat.. Salah satu yang penting ialah VF::; yang mana nilai yang dipaparkan tu menentukan organ kita berada pada umur berapa. So aku dapat 9:: in BAD category..pada umur 53 tahun... HELLO... I'm 28 yrs old la... So bagi umur aku kena turunkan sampai nilai 4.

Berat aku 86.5kg. We'll se another 10 days ok. And minimum 5litres air kosong... ( yang ni kene tabah la sket).

ok. Doakan aku berjaya lagi 10 hari... Another 10 days i'll update..kalau berjaya kena rekemen adik and kawan2 aku...
See yaa...