Ahad, 5 Disember 2010

Oven Rinnai


Ikutkan hati aku aku nak yang model satu lagi .. Touch screen punya, tapi memandangkan beza harga sampai rm 1000 aku x berani la nak hutang... Oven ni aku dapat dengan harga rm 2199 untuk 9 function. Menurut salesman dia cakap yang bagusnya oven Rinnai ni bila kita masak cover depan nya tak panas.. Aku dah pernah tulis kot.. Satu lagi.. Ia senang dicuci cos cover depan boleh bukak. Nanti bila aku dah bayar penuh then diorang akan bagi aku satu buku resipi.. Heheh.. Masak ke nanti...

Satu lagi bila kita beli masa fair ni kita akan dapat free macam-macam.. Aku dapat lima benda tuk fair ni:
1: Free delivery
2: Wal Cap
3: Ducting Hose without opening hole
4: Basic Hood Installation
5: Frying Pan

Untuk item no 3 tu ada 2 pilihan samada kita nak suruh diorang tebuk lubang untuk salurkan hose ke tak. Macam aku, nanti aku nak buat renovation house then aku nak mintak kontraktor tu siap tebuk la. Kalau kita tebuk sendiri nanti diorang bagi voucher rm100. Kalau suruh diorang tak dapat la voucher tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

<>