Selasa, 8 Mac 2011

Dugaan semasa sedang berdiet

Adoooiiiyaaiii!!!! Banyak tol dugaan. Susah betul nak ikot plan yang aku buat. Part pagi tu ok la, tapi bila dah start keluar rumah hancus.

Aku keluar dalam jam 1015 gitu. Nk kena beli lampu sehala pasal rumah tu then kol 11 lebih baru smpai puchong tu.

Lepas selesai semua tu then aku nk g tapau kabsha lamb kat al bustan, dah order satu jam baru dapat. Dalam jam 1.30 baru aku dapat makan aku. Si plan dah lari dah. Ingatkan nak la direct g hantar kat kontractor lampu tu. Perut dah lapar. Time ni sempat la lagi aku togok 500ml air.

So aku balik la rumah dulu makan. Dah bazir masa. Jam 2.30 baru aku keluar semula ke semenyih.

Biasa la kalau dah keluar tu susah la nk minum air. Dari jam 2.30 ke 6.30 patut aku kena minum 3l air.. Ermmmm haram la. Satu gelas limau ais je.

Tapi mak aihhhh ... Dahaga nya... Cuma satu je, kalau aku lapar aku akan menggugil kelaparan... Tapi tak jadi plak hari ni... Kebetulan je kot.

Sampai je rumah, aku terus minum 1l air.
Sementara tgk tv, aku minum air. Yela nak standby nak minum enzim nih!!! Kira nya petang sampai jam 8 tadi cuma 2l je la.

Jadi sebelum tido aku kena minum lagi 1.5l just untuk kelayakan minima sahaja.. Esok aku CUBA lagi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

<>