Khamis, 30 Disember 2010

Looking for sink and tap...

Aiyaa... Aku ingatkan senang je kalau nak masuk rumah baru. Ari ni aku pegi cari dua benda ni nak letak kat wet kitchen.

Sinki

Hasil aku tanya abang aku dan info dr contractor yang buat kitchen cabinet aku tu, bagusnya kalau korang cari sink 2 bowl. Menyesal nanti kalau tak install yang ada 2 bowl.

Lagi satu masa kita survey sinki tu, tanya salesman tu, berapa mm ketebalannya. Paling bagus sure la yang lebih dari 1 mm. Tapi mahal la. Kiranya more than 0.7mm tu dah kira ok la. Kalau kita beli yang kurang misalnya 0.5 mm ke, bimbang nanti mudah kemek ke.. Elok la beli yang bagus terus kan??

Tadi aku pegi cari sinki n tap kat satu kedai jubin ni. Kat jalan reko. Ok la price dia.. Tapi yang aku suka tu mahal sangat. Sebab ada sale krismas, so dapat la murah sket. Dia letak rm 740. After less dapat la rm630. But still expensive. Cantik. Brand arino. Mahal. So aku tak beli la hari ni. Ingat esok nak tengok kat super seramic. Tengok harga dia cam mana

Tap

Tap pulak aku beli kat kedai jubin tu. Dua. moden look. Nanti aku amik gambar. The other one, simple je. Melengkung, tapi ada dua corong la. Satu untuk air paip dan satu lagi split kalau2 nak pasang bioaura, diamond ke... Prepare awal2..

Both tap aku beli jenis wall tap. Aku sarankan korang beli type ni... Kalau ape 2 nak baiki senang... Ok chow.. Tommorow misson's cari sinki kat super ceramic... Go...go..go...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

<>